Sambutan bagi Hari Chap Goh Mei
Sambutan Tahun Baru Cina bermula selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina, dengan setiap hari membawa makna berbeza dan disambut dengan cara tertentu. Sebagai tanda berakhirnya perayaan 15 hari itu, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam dan upacara sembahan dilakukan dalam kadar yang lebih besar. Hari yang meriah itu biasanya dikenali sebagai festival tanglung atau dalam dialek Hokkien disebut, Chap Goh Meh yang jika diterjemahkan bermakna 'malam ke-15 Tahun Baru Cina'.
Kelas prasekolah telah menjalankan aktiviti membuat "tang yuan". Dengan ini, murid prasekolah dapat lebih mengetahui makna tentang perayaan ini.
Aktiviti mengguli "tang yuan".
Hasil "tang yuan" yang dibuat oleh murid.
Murid sedang menikmati sup tang yuan.
Comments
Post a Comment