Sejarah Prasekolah SJK (C) Kampung Baru Gedok

            Prasekolah SJK (C) Kg. Baru Gedok merupakan kelas prasekolah perluasan tahun 2003. Kelas Prasekolah SJK (C) Kg. Baru Gedok diubahsuai daripada sebuah bilik darjah perdana.

           Pada tahun permulaan, kelas tersebut hanya terdiri daripada 17 orang murid yang berumur 6 tahun. Puan Lim Kim Hwa merupakan Guru Besar pada masa itu. Pada masa itu, tiada guru opsyen Pendidikan Prasekolah yang ditempatkan di sini. Salah seorang guru perdana yang bernama Puan Lee Guat Bee telah dilantik sebagai Guru Prasekolah dan perkhidmatannya hanya sehingga bulan Jun 2003 atas sebab pertukaran setara.

            Pada bulan Jun 2003, Cik Sam Sheau Yun, guru perdana, telah ditugaskan untuk mengajar Prasekolah. Perkhidmatan Cik Sam di prasekolah tamat pada Julai 2011 kerana beliau telah dilantik sebagai GPK di sekolah lain. Puan Lee Choon Lan, seorang guru perdana yang dilantik untuk mengajar kelas Prasekolah. Pada 1 Januari 2012, Cik Chek Wai Yi daripada opsyen Pendidikan Prasekolah telah ditempatkan ke SJK (C) Kg. Baru Gedok dan perkhidmatannya sehingga bulan Januari 2016.

           Seterusnya, Cik Chai Siok Qing daripada opsyen Pendidikan Prasekolah telah ditempatkan ke SJK (C) Kg. Baru Gedok pada 21 Januari 2016 dan beliau telah bertugas di prasekolah sehingga kini.

            Pada awal pembukaan kelas prasekolah ini, pihak pentadbiran sekolah telah melantik seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah sementara sehinnga bulan September 2003. Pada 1 Oktober 2003, Puan Zainora Bt Ibrahim pula dilantik sebagai PPM Prasekolah sementara. Pada 1 Februari 2006, Puan Zainora Bt Ibrahim telah mendapat lantikan tetap daripada SPP dan ditempatkan di sekolah yang sama. Pada 1 April 2015, pergerakan kerja telah berlaku antara PPM Prasekolah. Puan Norhasuanah Bt Manap telah ditempatkan di Prasekolah SJK (C) Kg. Baru Gedok dan berkhidmat sehingga kini. 



Comments

Popular posts from this blog

Projek Menanam Bawang

Pertandingan Senamrobik Peringkat Daerah Tampin